You don't have to be great to start, but you have to start to be great ~ Zig Ziglar.

Monday, November 22, 2010

SKin2 Way

SKin2 Way

PENGENALAN

Punca masalah kulit terletak kepada empat punca yang sememangnya telah diketahui ramai. Ke empat-empat faktor tersebut adalah;

1. Event - punca bagaimana ianya bermula

2. Blockage - sumbatan

3. Infection - jangkitan

4. Inflammation - radangan

Semua yang telah disebut diatas telah menjadi penyebab kepada sejarah terhadap permasaalahan kulit kita terutama dimuka.

Sekarang ini lebih baik kita tumpukan kepada bagaimana melawan dan mengatasi masaalah yang dipanggil jerawat.

Ramuan utama SKin2 adalah kelapa dara, madu dan susu kambing – TIADA UNSUR KIMIA seperti BAHAN PENGAWET, PEWARNA atau ADITIF. Natural cream that soothes, nourishes and protects sensitive and tired skin. SKin2 , sabun semulajadi yang menenangkan, memberi nutrisi dan melindungi kulit sensitif dan kurang sihat.

PEMBERSIHAN SKin2

Setiap hari sebanyak 40,000 sel-sel yang dapat kita lihat, mati setiap minit. Jadi dalam satu hari lebih kurang sebanyak 57.6 juta sel-sel badan mengalami kematian. Oleh itu, setiap inci kulit yang dapat kita lihat dan rasai adalah kulit yang lama dan telah mati. Kulit yang telah mati ini perlu dibersihkan setiap masa termasuk diliang-liang roma.

Unsur pembersih yang ada didalam SKin2 adalah untuk membuang kulit-kulit mati dan mencuci nanah atau kuman. SKin2 memberi bantuan terhadap fungsi kulit yang sedia-ada. SKin2 tidak mungkin mampu melakukan kerja-kerja pembersihan sekiranya fungsi kulit yang sedia-ada telahpun gagal. Melalui rerambut halus (bulu roma), SKin2 yang dibiarkan dipermukaan kulit akan masuk ke liang-liang roma sehingga ke lapisan akhir epidermis. Kemudian ia akan meresap segala kotoran yang ada seperti kulit mati, nanah, kuman dan karat kulit yang telah lama berada diliang roma. Apabila kulit dibilas, SKin2 akan membawa kotoran ini keluar melalui ruang yang tersedia-ada. Pembersihan yang dilakukan berulang-ulang kali mampu menyediakan tapak ruangan yang bersih diliang roma supaya kulit-kulit yang baru mati boleh ditolak keluar secara semulajadi ke permukaan kulit.

PENYEMBUHAN MELALUI SKin2

SKin2 yang telah berada diliang-liang roma membawa bersama-samanya vitamin yang diperlukan oleh kulit untuk proses penyembuhan. Matlamat utama adalah untuk mengecilkan liang roma dan mengawal lebihan sebum. Liang roma yang luas memudahkan kuman untuk masuk sehingga ke kelenjar Sebaceous. Manakala sebum yang tidak terkawal akan memudahkan kuman merosakkannya dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

KELAPA DARA

Hasil dari penyelidikan yang dijalankan oleh FRIM berbanding dengan produk perubatan mendapati kelapa dara mempunyai kesan penyembuhan tersangat tinggi terhadap inflammatory.

Contoh bahan dibawah diambil dari produk perubatan yang digunakan sebagai kesan anti-inflammatory terhadap berbagai jenis penyakit seperti gout, arthritis, asthma, eczema dan psoriasis. Keputusannya ditunjukkan didalam jadual dibawah:

Bil

Contoh

Hyaluronidase %

Xanthine Oxidase %

Lipoxygenase
%

1

Predisolone

25.6

NA

NA

2

Diclofenac sodium 50 mg

27.01

NA

NA

3

Serratio Peptidase 5 mg

32.41

NA

NA

4

Ibuprofen 400 mg

25.58

NA

NA

5

Betamethasone & fusidic acid

29.27

NA

9.475

6

Virgin Coconut

43.69

30.14

37.64



Pelbagai pihak penyelidikan turut sama mengutarakan hasil kajian mereka juga. Diantaranya Universiti KL mendapati, anti-oksidan yang ada didalam kelapa dara dapat memberikan kesan Anti-Inflammatory, Anti-oxidant dan Anti-bacterial. Universiti Sains Malaysia pula mendapati kandungan kelapa dara mampu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.

Sebagai nota, Dr Ray D. Strand, seorang doktor perubatan, menyatakan apa yang doktor perubatan tidak mengetahui mengenai perubatan tradisional boleh menyebabkan anda mengalami penyakit yang tiada kesudahannya.

MADU LEBAH

Sejak dulu kala kecantikan adalah modal utama kaum hawa, tak heran jika para wanita berupaya dengan berbagai cara untuk menjaga keindahan tubuh mereka. Semenjak zaman dahulu lagi, salah satu bahan semulajadi yang digunakan dalam menjaga kecantikan adalah madu. Hingga kini, madu digunakan dalam berbagai produk kecantikan dari produk untuk kulit hingga perawatan rambut.

Madu merupakan humectant yang memiliki kemampuan untuk menarik dan mengikat kelembaban. Kemampuan kulit untuk mempertahankan kelembaban merupakan faktor penting untuk menjaga kelembutan, kekenyalan dan kelenturan kulit. Sejajar dengan bertambahnya usia, kulit kehilangan kemampuannya untuk mengikat air - yang mengakibatkan kulit kering atau keriput. Pengaruh cuaca persekitaran tidak kurang juga mampu untuk memberikan kesan buruk kepada kulit seperti pencemaran dan terdedah kepada bahan kimia.

Kaedah rawatan yang sama dijalankan di SPA iaitu menggunakkan madu untuk mengembalikan dan membantu tubuh menjalankan fungsinya dalam melembabkan kulit. Lebih dari itu, madu sememangnya sesuai untuk semua jenis kulit, walaupun kulit yang sangat sensitive.

Sebuah kajian terbaru menyatakan keberkesanan madu sebagai antimicrobial agent, yang berfungsi mencegah pertumbuhan bakteri. Menurut Janice Cox, penulis buku Natural Beauty at Home, kandungan antimicrobial dalam madu membuatnya bermanfaat dalam perawatan jerawat ringan. Berbeda dengan produk-produk perawatan jerawat lainnya, kandungan pelembab dalam madu tidak membuat kulit kering.

Hasil penelitian terbaru itu juga mengembangkan proses menggunakan madu untuk menciptakan alpha hydroxy acids (AHAs). AHAs merupakan kandungan penting yang ada dalam setiap krem kulit dan pelembab karena fungsinya sebagai pengelupasan kulit. Perawatan dengan cara pengelupasan ini berguna untuk meningkatkan perbaikan sel kulit dan meremajakan kulit. Namun, cara ini juga bisa menyebabkan kulit teriritasi, jadi dengan menambahkan pelembab alami dari madu membuat produk AHAs jadi lebih sempurna.

SUSU KAMBING

Umumnya, ramai wanita telah mengetahui akan kehebatan susu kambing yang berkesan untuk penjagaan kulit wanita. Susu kambing sejak turun-temurun lagi dikenali ramai sebagai bahan yang kaya dengan pelbagai zat galian yang diperlukan manusia.

Susu kambing merupakan pilihan kerana mempunyai nutrisi tinggi serta kaya dengan protein dan asid amino. Selain dari kandungannya yang penuh dengan khasiat vitamin ianya boleh membantu manusia untuk menjaga kesihatan kulit dan memperbaiki urat saraf di bahagian dermis.

Secara terperincinya, susu kambing mengandungi pelbagai zat seperti Vitamin A, B1, B2, C, D, E, Panthotemic Acid, Kalsium, Folic Acid, Fiboflavin, Niacin, Biotin, Folasi, Sodium, Potassium, Magnesium, Phosphores, PH Non Organic, Chlorine, Citrete, Folaci, Choline, dan Inositol.

Vitamin A digunakan oleh banyak produk perubatan untuk merawat jerawat dan susunan kulit yang tidak sekata.

Vitamin B pula adalah untuk menyekat inflammation akibat kekurangan vitamin B yang ada pada kulit.

Vitamin C dan E pula adalah untuk melindungi kulit dari membantu antioksidan yang wujud untuk menampakkan kulit yang sihat dan ceria.

Susu kambing juga mengandungi faktor anti-penuaan, anti-arthritis serta anti-barah. Ia mengandungi antibodi semulajadi bagi melawan pelbagai kuman yang wujud dipersekitaran kita. Rata-rata hari ini, industri komestik mengeluarkan produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, krim pencukur dan banyak lagi.

KESIMPULAN

Wanita yang mengutamakan kecantikan diri selalunya mementingkan keseimbangan dari segenap sudut. Keseimbangan yang dimiliki akan membuatkan anda rasa seolah-olah sempurna.

Begitu juga SKin2 . Keseimbangan yang telah sedia wujud melalui proses penyatuan yang rumit diantara kelapa dara, madu lebah dan susu kambing akan memberikan kesan yang optimum kepada kulit anda.

Jadilah pengguna SKin2 mulai hari ini.

No comments:

Post a Comment

peluang PELUANG peluang PELUANG .. CEPAT