You don't have to be great to start, but you have to start to be great ~ Zig Ziglar.

Sunday, November 28, 2010

Peringkat-peringkat Jerawat

JENIS-JENIS JERAWAT

Dermatologists membahagikan jerawat kepada empat Tahap. Anda sendiri boleh mengenalpasti melalui pemeriksaan visual (lihat ke cermin muka) keatas kulit anda. Pembahagian ini berdasarkan beberapa faktor berikut:

· jenis dan bilangan whiteheads yang biasa

· jenis dan bilangan whiteheads yang mengalami radang kulit

· bilangan yang telah bertukar Tahap

· bilangan yang mengalami radangan kulit

· luas kawasan badan yang terkena jangkitan jerawat.

Adalah penting untuk mengenalpasti Tahap jerawat yang dialami supaya Formula penggunaan SKin2 adalah bersesuaian untuk perawatan kulit yang bermasalah. Setiap Tahap jerawat memerlukan perawatan yang berbeza-beza.

Tahap 1

Jerawat Grade I adalah jerawat yang biasa terdapat pada kebanyakkan kulit-kulit yang sihat. Ianya bersais kecil, bilangan yang tidak banyak dan hanya mucul sekali-sekala. Jenis seperti ini selalunya terdapat pada Blackheads (kehitaman yang jelas) dan Milia (kehitaman yang sederhana). Terkadang dalam bilangan yang banyak tetapi tiada randang kulit yang kelihatan. Jerawat Milia senang untuk ditemui dikalangan remaja terutamanya pada hidung, dagu dan di dahi. Kalau Tahap dewasa, Blackheads pula mudah untuk ditemui ditempat yang sama kecuali di dagu.

Merawat jerawat ketika ia masih awal amatlah mudah dan ia dapat membendung dari merebak ke Tahap yang lebih teruk. Jerawat Tahap 1 akan mudah berpindah ke Tahap 2 jika tidak mendapat rawatan yang sewajarnya.

Tahap 2

Tahap 2 dikira sebagai jerawat sederhana. Bilangan Blackheads dan Milia bertambah banyak. Disamping itu terdapat juga Blackhead dan Milia yang telah mengalami radangan kulit berwarna kemerah-merahan (Papules) dan jika berisi nanah dan berwarna keputihan dipanggil Pustule. Bilangan jerawat ini akan semakin membiak dan terdapat juga nanah-nanah yang telah pecah. Waktu ini kawasan kulit sekitar akan menjadi kemerah-merahan sedikit.

Pada remaja, jerawat ini akan merebak dari hidung dan dahi kepada kawasan lain di muka. Jerawat ini akan merebak ke bahagian belakang badan, dibahu dan didada. Pada remaja lelaki, pecahan nanah ini lebih senang kelihatan dibelakang badan. Manakala pada remaja wanita, pecahan nanah ini mudah kelihatan di antara buah dada, dagu, garisan rahang terutamanya sebelum dan selepas kedatangan haid.

Seperti jerawat Tahap 1, jerawat Tahap 2 ini pun agak mudah untuk dirawat melalui penggunaan SKin2 yang betul. Jerawat Tahap 2 juga mempunyai kemampuan untuk naik ke Tahap 3, terutamanya kepada pengemar memicit atau mencungkil jerawat.

Tahap 3

Tahap ini dikira teruk tetapi belum parah lagi. Perbezaan diantara Tahap 2 dan Tahap 3 adalah kepada bilangan radangan kulit yang ada. Waktu ini kulit kemerah-merahan dan radangan kulit lebih jelas kelihatan. Papule dan Pustule membiak dengan jumlah yang lebih banyak. Pada ketika ini Nodule akan terbentuk. Nodule ini adalah kesan-kesan luka yang pedih ditempat jerawat yang sudah menjadi radang.

Tahap 3 selalunya melibatkan kawasan badan seperti leher, dada, bahu dan dibelakang/atas bahu. Waktu ini, jerawat dimuka akan menjadi teruk dan tidak terurus. Peluang untuk kesan calar atau parut amatlah tinggi kerana jangkitan kuman jerawat merebak dengan tidak terkawal dan luka menjadi lebih dalam.

Jerawat Tahap 3 juga mempunyai kemampuan untuk naik ke Tahap 4.

Tahap 4

Tahap ini dikira jerawat paling parah dan dikenali dengan nama Nodulocystic atau Cystic. Dipermukaan kulit akan kelihatan lebih jelas dan banyak bilangan Papule, Pustule dan Nodule. Ini belum termasuk Cysts.

Tahap keparahan jerawat jenis ini ialah ia boleh merebak melebihi muka dan boleh memberi kesan kepada seluruh belakang badan, dada, bahu dan dibahagian atas lengan. Jangkitan ini merebak dengan begitu ketara. Hampir keseluruhan Cystic bakal membentuk apa yang dipanggil calar atau parut.

.



1 comment:

  1. Assalamualaikum...
    Kalau terasa jangkitan tu agak melarat, kamu boleh mencuba kaedah yg ada di sini bagi menghapuskan kuman2 penyebab jangkitan tu dari luar dan dalam:

    Merawat jangkitan jerawat

    Semoga sukses. tq.

    ReplyDelete

peluang PELUANG peluang PELUANG .. CEPAT