Bagi kulit yang tidak berjerawat, adalah amat penting untuk memahami jerawat, punca jerawat dan gejala jerawat.
Jerawat adalah penyakit yang melibatkan kelenjar minyak dipermukaan kulit. Ianya tidaklah berbahaya tetapi boleh meninggalkan parut jerawat dipermukaan kulit. Tempat yang senang terjadi keadaan berjerawat adalah di muka. Ini adalah kerana muka adalah tempat yang paling kerap terdedah kepada habuk dan kotoran. Lenih senang berlaku pada kulit yang paling kerap berminyak.
Kulit berjerawat biasanya mempunyai liang yang menghubungkan kelenjar minyak yang terletak dibawah permukaan kulit. Liang dan kelenjar ini dihubungkan melalui lubang halus. Lubang halus digunakan untuk membawa kulit mati ke permukaan kulit. Bilamana lubang halus ini tersumbat maka terjadilah jerawat.
Punca Jerawat
Jerawat selalunya tumbuh di muka, leher, dada, bahu dan dibelakang badan. Remaja ramai menghidapi jerawat berbanding dengan orang dewasa. Orang dewasa sekitar umur 30an dan 40an juga turut tidak dapat lari dari masalah ini.
Faktor utama punca jerawat adalah disebabkan oleh perubahan hormone. Perubahan hormone inilah yang menjadi penggalak pengeluaran minyak dibawah lapisan kulit seperti;
• Perubahan hormone pada hari yang sama dengan hari kedatangan haid.
• Ketika mengandung
• Pil perancang keluarga
• Tekanan kerja/keluarga/seumpamanya
• Penggunaan krim atau minyak kosmetik atau produk rambut.
• Ubatan klinik yang tertentu yang mengandungi androgen dan lithium
• Kadar perpeluhan yang tinggi
• Kelembapan (cuaca) yang tinggi
Gejala Jerawat
Terdapat dua jenis gejala jerawat iaitu radang jerawat dan jerawat biasa.
Jerawat biasa, beberapa whiteheads dan blackheads timbul dimuka. Secara amnya ia adalah jenis jerawat yang sederhana, boleh dirawat dengan rawatan biasa iaitu boleh secara semulajadi dan boleh juga dengan ubat-ubatan klinikal. Jenis jerawat ini selalu dijumpai.
Radang jerawat pula, whiteheads akan menjadi kemerah-merahan. Jerawat yang parah adalah bilamana terlalu kemerah-merahan dan menjadi bengkak. Ia akan kemudiannya meninggalkan parut atau calar kulit. Tempat yang selalu terjadi adalah di muka, leher, belakang badan, dada dan pangkal peha. Kerap menggunakan ubat klinikal akan menjadikan ianya lebih parah.
No comments:
Post a Comment