You don't have to be great to start, but you have to start to be great ~ Zig Ziglar.

Friday, December 3, 2010

Kelebihan SKin2

1.kulit kusam 2.flek hitam 3.liver spot 4.acne/jerawat 5.kerutan 6.peremajaan kulit 7.membantu memutihkan wajah 8.membersihkan kulit mati 9.memberikan vitamin wajah 10.menghaluskan wajah 11.mengenyalkan wajah 12.mempertahankan wajah sehat anda ,etc.... Dan masih banyak lagi permasalahan2 wajah... , yuuuu kita rawat wajah dari sekarang.... agar selalu cantik , muda dan awet muda

Sunday, November 28, 2010

Peringkat-peringkat Jerawat

JENIS-JENIS JERAWAT

Dermatologists membahagikan jerawat kepada empat Tahap. Anda sendiri boleh mengenalpasti melalui pemeriksaan visual (lihat ke cermin muka) keatas kulit anda. Pembahagian ini berdasarkan beberapa faktor berikut:

· jenis dan bilangan whiteheads yang biasa

· jenis dan bilangan whiteheads yang mengalami radang kulit

· bilangan yang telah bertukar Tahap

· bilangan yang mengalami radangan kulit

· luas kawasan badan yang terkena jangkitan jerawat.

Adalah penting untuk mengenalpasti Tahap jerawat yang dialami supaya Formula penggunaan SKin2 adalah bersesuaian untuk perawatan kulit yang bermasalah. Setiap Tahap jerawat memerlukan perawatan yang berbeza-beza.

Tahap 1

Jerawat Grade I adalah jerawat yang biasa terdapat pada kebanyakkan kulit-kulit yang sihat. Ianya bersais kecil, bilangan yang tidak banyak dan hanya mucul sekali-sekala. Jenis seperti ini selalunya terdapat pada Blackheads (kehitaman yang jelas) dan Milia (kehitaman yang sederhana). Terkadang dalam bilangan yang banyak tetapi tiada randang kulit yang kelihatan. Jerawat Milia senang untuk ditemui dikalangan remaja terutamanya pada hidung, dagu dan di dahi. Kalau Tahap dewasa, Blackheads pula mudah untuk ditemui ditempat yang sama kecuali di dagu.

Merawat jerawat ketika ia masih awal amatlah mudah dan ia dapat membendung dari merebak ke Tahap yang lebih teruk. Jerawat Tahap 1 akan mudah berpindah ke Tahap 2 jika tidak mendapat rawatan yang sewajarnya.

Tahap 2

Tahap 2 dikira sebagai jerawat sederhana. Bilangan Blackheads dan Milia bertambah banyak. Disamping itu terdapat juga Blackhead dan Milia yang telah mengalami radangan kulit berwarna kemerah-merahan (Papules) dan jika berisi nanah dan berwarna keputihan dipanggil Pustule. Bilangan jerawat ini akan semakin membiak dan terdapat juga nanah-nanah yang telah pecah. Waktu ini kawasan kulit sekitar akan menjadi kemerah-merahan sedikit.

Pada remaja, jerawat ini akan merebak dari hidung dan dahi kepada kawasan lain di muka. Jerawat ini akan merebak ke bahagian belakang badan, dibahu dan didada. Pada remaja lelaki, pecahan nanah ini lebih senang kelihatan dibelakang badan. Manakala pada remaja wanita, pecahan nanah ini mudah kelihatan di antara buah dada, dagu, garisan rahang terutamanya sebelum dan selepas kedatangan haid.

Seperti jerawat Tahap 1, jerawat Tahap 2 ini pun agak mudah untuk dirawat melalui penggunaan SKin2 yang betul. Jerawat Tahap 2 juga mempunyai kemampuan untuk naik ke Tahap 3, terutamanya kepada pengemar memicit atau mencungkil jerawat.

Tahap 3

Tahap ini dikira teruk tetapi belum parah lagi. Perbezaan diantara Tahap 2 dan Tahap 3 adalah kepada bilangan radangan kulit yang ada. Waktu ini kulit kemerah-merahan dan radangan kulit lebih jelas kelihatan. Papule dan Pustule membiak dengan jumlah yang lebih banyak. Pada ketika ini Nodule akan terbentuk. Nodule ini adalah kesan-kesan luka yang pedih ditempat jerawat yang sudah menjadi radang.

Tahap 3 selalunya melibatkan kawasan badan seperti leher, dada, bahu dan dibelakang/atas bahu. Waktu ini, jerawat dimuka akan menjadi teruk dan tidak terurus. Peluang untuk kesan calar atau parut amatlah tinggi kerana jangkitan kuman jerawat merebak dengan tidak terkawal dan luka menjadi lebih dalam.

Jerawat Tahap 3 juga mempunyai kemampuan untuk naik ke Tahap 4.

Tahap 4

Tahap ini dikira jerawat paling parah dan dikenali dengan nama Nodulocystic atau Cystic. Dipermukaan kulit akan kelihatan lebih jelas dan banyak bilangan Papule, Pustule dan Nodule. Ini belum termasuk Cysts.

Tahap keparahan jerawat jenis ini ialah ia boleh merebak melebihi muka dan boleh memberi kesan kepada seluruh belakang badan, dada, bahu dan dibahagian atas lengan. Jangkitan ini merebak dengan begitu ketara. Hampir keseluruhan Cystic bakal membentuk apa yang dipanggil calar atau parut.

.



Monday, November 22, 2010

SKin2 Way

SKin2 Way

PENGENALAN

Punca masalah kulit terletak kepada empat punca yang sememangnya telah diketahui ramai. Ke empat-empat faktor tersebut adalah;

1. Event - punca bagaimana ianya bermula

2. Blockage - sumbatan

3. Infection - jangkitan

4. Inflammation - radangan

Semua yang telah disebut diatas telah menjadi penyebab kepada sejarah terhadap permasaalahan kulit kita terutama dimuka.

Sekarang ini lebih baik kita tumpukan kepada bagaimana melawan dan mengatasi masaalah yang dipanggil jerawat.

Ramuan utama SKin2 adalah kelapa dara, madu dan susu kambing – TIADA UNSUR KIMIA seperti BAHAN PENGAWET, PEWARNA atau ADITIF. Natural cream that soothes, nourishes and protects sensitive and tired skin. SKin2 , sabun semulajadi yang menenangkan, memberi nutrisi dan melindungi kulit sensitif dan kurang sihat.

PEMBERSIHAN SKin2

Setiap hari sebanyak 40,000 sel-sel yang dapat kita lihat, mati setiap minit. Jadi dalam satu hari lebih kurang sebanyak 57.6 juta sel-sel badan mengalami kematian. Oleh itu, setiap inci kulit yang dapat kita lihat dan rasai adalah kulit yang lama dan telah mati. Kulit yang telah mati ini perlu dibersihkan setiap masa termasuk diliang-liang roma.

Unsur pembersih yang ada didalam SKin2 adalah untuk membuang kulit-kulit mati dan mencuci nanah atau kuman. SKin2 memberi bantuan terhadap fungsi kulit yang sedia-ada. SKin2 tidak mungkin mampu melakukan kerja-kerja pembersihan sekiranya fungsi kulit yang sedia-ada telahpun gagal. Melalui rerambut halus (bulu roma), SKin2 yang dibiarkan dipermukaan kulit akan masuk ke liang-liang roma sehingga ke lapisan akhir epidermis. Kemudian ia akan meresap segala kotoran yang ada seperti kulit mati, nanah, kuman dan karat kulit yang telah lama berada diliang roma. Apabila kulit dibilas, SKin2 akan membawa kotoran ini keluar melalui ruang yang tersedia-ada. Pembersihan yang dilakukan berulang-ulang kali mampu menyediakan tapak ruangan yang bersih diliang roma supaya kulit-kulit yang baru mati boleh ditolak keluar secara semulajadi ke permukaan kulit.

PENYEMBUHAN MELALUI SKin2

SKin2 yang telah berada diliang-liang roma membawa bersama-samanya vitamin yang diperlukan oleh kulit untuk proses penyembuhan. Matlamat utama adalah untuk mengecilkan liang roma dan mengawal lebihan sebum. Liang roma yang luas memudahkan kuman untuk masuk sehingga ke kelenjar Sebaceous. Manakala sebum yang tidak terkawal akan memudahkan kuman merosakkannya dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

KELAPA DARA

Hasil dari penyelidikan yang dijalankan oleh FRIM berbanding dengan produk perubatan mendapati kelapa dara mempunyai kesan penyembuhan tersangat tinggi terhadap inflammatory.

Contoh bahan dibawah diambil dari produk perubatan yang digunakan sebagai kesan anti-inflammatory terhadap berbagai jenis penyakit seperti gout, arthritis, asthma, eczema dan psoriasis. Keputusannya ditunjukkan didalam jadual dibawah:

Bil

Contoh

Hyaluronidase %

Xanthine Oxidase %

Lipoxygenase
%

1

Predisolone

25.6

NA

NA

2

Diclofenac sodium 50 mg

27.01

NA

NA

3

Serratio Peptidase 5 mg

32.41

NA

NA

4

Ibuprofen 400 mg

25.58

NA

NA

5

Betamethasone & fusidic acid

29.27

NA

9.475

6

Virgin Coconut

43.69

30.14

37.64



Pelbagai pihak penyelidikan turut sama mengutarakan hasil kajian mereka juga. Diantaranya Universiti KL mendapati, anti-oksidan yang ada didalam kelapa dara dapat memberikan kesan Anti-Inflammatory, Anti-oxidant dan Anti-bacterial. Universiti Sains Malaysia pula mendapati kandungan kelapa dara mampu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.

Sebagai nota, Dr Ray D. Strand, seorang doktor perubatan, menyatakan apa yang doktor perubatan tidak mengetahui mengenai perubatan tradisional boleh menyebabkan anda mengalami penyakit yang tiada kesudahannya.

MADU LEBAH

Sejak dulu kala kecantikan adalah modal utama kaum hawa, tak heran jika para wanita berupaya dengan berbagai cara untuk menjaga keindahan tubuh mereka. Semenjak zaman dahulu lagi, salah satu bahan semulajadi yang digunakan dalam menjaga kecantikan adalah madu. Hingga kini, madu digunakan dalam berbagai produk kecantikan dari produk untuk kulit hingga perawatan rambut.

Madu merupakan humectant yang memiliki kemampuan untuk menarik dan mengikat kelembaban. Kemampuan kulit untuk mempertahankan kelembaban merupakan faktor penting untuk menjaga kelembutan, kekenyalan dan kelenturan kulit. Sejajar dengan bertambahnya usia, kulit kehilangan kemampuannya untuk mengikat air - yang mengakibatkan kulit kering atau keriput. Pengaruh cuaca persekitaran tidak kurang juga mampu untuk memberikan kesan buruk kepada kulit seperti pencemaran dan terdedah kepada bahan kimia.

Kaedah rawatan yang sama dijalankan di SPA iaitu menggunakkan madu untuk mengembalikan dan membantu tubuh menjalankan fungsinya dalam melembabkan kulit. Lebih dari itu, madu sememangnya sesuai untuk semua jenis kulit, walaupun kulit yang sangat sensitive.

Sebuah kajian terbaru menyatakan keberkesanan madu sebagai antimicrobial agent, yang berfungsi mencegah pertumbuhan bakteri. Menurut Janice Cox, penulis buku Natural Beauty at Home, kandungan antimicrobial dalam madu membuatnya bermanfaat dalam perawatan jerawat ringan. Berbeda dengan produk-produk perawatan jerawat lainnya, kandungan pelembab dalam madu tidak membuat kulit kering.

Hasil penelitian terbaru itu juga mengembangkan proses menggunakan madu untuk menciptakan alpha hydroxy acids (AHAs). AHAs merupakan kandungan penting yang ada dalam setiap krem kulit dan pelembab karena fungsinya sebagai pengelupasan kulit. Perawatan dengan cara pengelupasan ini berguna untuk meningkatkan perbaikan sel kulit dan meremajakan kulit. Namun, cara ini juga bisa menyebabkan kulit teriritasi, jadi dengan menambahkan pelembab alami dari madu membuat produk AHAs jadi lebih sempurna.

SUSU KAMBING

Umumnya, ramai wanita telah mengetahui akan kehebatan susu kambing yang berkesan untuk penjagaan kulit wanita. Susu kambing sejak turun-temurun lagi dikenali ramai sebagai bahan yang kaya dengan pelbagai zat galian yang diperlukan manusia.

Susu kambing merupakan pilihan kerana mempunyai nutrisi tinggi serta kaya dengan protein dan asid amino. Selain dari kandungannya yang penuh dengan khasiat vitamin ianya boleh membantu manusia untuk menjaga kesihatan kulit dan memperbaiki urat saraf di bahagian dermis.

Secara terperincinya, susu kambing mengandungi pelbagai zat seperti Vitamin A, B1, B2, C, D, E, Panthotemic Acid, Kalsium, Folic Acid, Fiboflavin, Niacin, Biotin, Folasi, Sodium, Potassium, Magnesium, Phosphores, PH Non Organic, Chlorine, Citrete, Folaci, Choline, dan Inositol.

Vitamin A digunakan oleh banyak produk perubatan untuk merawat jerawat dan susunan kulit yang tidak sekata.

Vitamin B pula adalah untuk menyekat inflammation akibat kekurangan vitamin B yang ada pada kulit.

Vitamin C dan E pula adalah untuk melindungi kulit dari membantu antioksidan yang wujud untuk menampakkan kulit yang sihat dan ceria.

Susu kambing juga mengandungi faktor anti-penuaan, anti-arthritis serta anti-barah. Ia mengandungi antibodi semulajadi bagi melawan pelbagai kuman yang wujud dipersekitaran kita. Rata-rata hari ini, industri komestik mengeluarkan produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, krim pencukur dan banyak lagi.

KESIMPULAN

Wanita yang mengutamakan kecantikan diri selalunya mementingkan keseimbangan dari segenap sudut. Keseimbangan yang dimiliki akan membuatkan anda rasa seolah-olah sempurna.

Begitu juga SKin2 . Keseimbangan yang telah sedia wujud melalui proses penyatuan yang rumit diantara kelapa dara, madu lebah dan susu kambing akan memberikan kesan yang optimum kepada kulit anda.

Jadilah pengguna SKin2 mulai hari ini.

Thursday, November 18, 2010

Routine




Cara Pembersihan ...
1. Cuci muka seperti yang disarankan. Klik untuk melihat saranan penggunaan.


2. Biarkan selama 2 minit sebelum membilas kulit.


3. Untuk memerangi kuman hama secara optimum, jadikan SKin2 sebagai shampoo. Biarkan dirambut untuk selama 3 minit supaya vitamin yang terkandung didalam SKin2 dapat diserapkan kedalam kulit rambut. Kemudian bilas seperti biasa.

4. Bagi yang mempunyai jerawat Tahap2, Tahap3 dan Tahap4, gunakan SKin2 sebagai sabun mandi juga. Ini bertujuan bagi memerangi kuman hama secara menyeluruh. Sama juga seperti diatas, biarkan buih sabun tersebut meresap kedalam kulit unutk tempoh masa lebih kurang 3 minit kemudian basuh badan seperti biasa.



Apa yang perlu dilakukan setiap malam?



  1. Buang lapisan make-up setiap kali sebelum tidur.

  2. Gunakan water soluble make-up remover.

  3. Cuci muka dengan sabun semulajadi SKin2.

  4. Kemudian cuci dengan bersih.

  5. Gunakan sebarang tonner dan night krim seperti biasa.

  6. Jika tiada gunakan sebarang lotion/krim untuk muka.



    Apa yang perlu dilakukan setiap pagi pula?



    1. Cuci muka sehingga bersih degan SKin2.

    2. Kemudian gunakan tonner atau penyegar kulit yang biasa.

    3. Gunakan sebarang day-krim. Biarkan lotion/krim ini kering secara semulajadi

    4. Gunakan sebarang anti-sunblok untuk melindungi kulit dari pancaran UV matahari.

    5. Selepas ini, gunalah apa-apa bedak asas (compact) dan make-up seperti biasa.

    6. Perhatikan tarikkan yang anda akan perolehi. Insyallah anda akan lebih berkeyakinan.

    .
    .
    .

SKin2 Prescription

Secara amnya penggunaan SKin2 adalah 2 x sehari. Ini adalah untuk membuang kotoran yang melekat dipermukaan kulit, membuang kulit yang mati dan meng'neutriliza'kan minyak yang berada dipermukaan kulit.



Bagi kulit yang berjerawat, sedikit makluman awalan harus difahami. Kenali dan fahami jenis jerawat kita adalah lebih memudahkan penggunaan SKin2. Setiap tahap menceritakan jenis jerawat yang kita alami. Sedikit bahan slideshow diletakkan disebelah ruangan kanan bawah screen anda supaya anda betul-betul kenal musuh anda. Musuh anda musuh akak juga ;-). Secara amnya dapat dirumuskan seperti dibawah. Setiap tahap dibawah menetapkan bilangan pembersihan muka yang harus dilakukan. Selepas membersih muka, gunakan bahan-bahan tonner, night krim, gunakan tonner, penyegar kulit atau day-krim seperti biasa. Klik> untuk cara penggunaan harian.



Berikut pula adalah kesan-kesan yang bakal anda alami. Contohnya jika jerawat anda berada pada Tahap3, proses penyembuhan akan menyebabkan ia akan berpindah ke Tahap2 dan seterusnya Tahap1. Bilamana tiba di Tahap2, kurangkan penggunaan SKin2 dan seterusnya.



Harus diingatkan, jika jerawat anda berada pada Tahap3 dan Tahap4, anda memerlukan pembersihan secara menyeluruh. Maksud akak dari luar kita perangi dengan SKin2 dan dari dalam dengan pemakanan tambahan.

Sila hubungi akak melalui email liana.mdtai@gmail.com sekiranya anda membeli pakej rawatan Tahap3 dan Tahap4. Jika tidak pembersihan kuman hama tidak akan berlaku secara menyeluruh. Pemakanan tambahan yag akak maksudkan adalah pen'cuci darah'. Ataupun anda boleh memakan apa sahaja pen'cuci darah' yang disarankan oleh orang tua-tua.

Pun begitu, pilihan ditangan anda dan anda boleh membeli hanya SKin2 untuk melihat hasil rawatan kulit optimum yang dilakukan oleh SKin2.

.

.

Saturday, November 13, 2010

Lebih Cantik

Rawatan di rumah untuk lebih cantik.

Semua rawatan dibawah adalah mengikut petua orang lama. Pilih salah satu yang sesuai dengan kulit anda.

  1. Gunakan air asam jawa yang pekat dan tampal dimuka atau
  2. Gunakan putih telur yang dicampur dengan limau dan tampal dimuka. Sesuai untuk mengurangkan kesan parut yang kelihatan atau
  3. Gunakan mana-mana buah-buahan seperti timun, betik, apple, tomato, orange dan sebagainya dan tampal dimuka atau
  4. Gunakan bedak sejuk yang asli (cara orang dulu).
  5. Gosok muka dengan kiub-ais sekitar 10-15 minit. Ia akan mengecilkan lubang jerawat atau
  6. Gaulkan minyak zaitun dan madu. Sapu dan usap ke muka atau
  7. Makan madu setiap pagi. Ini adalah ubat terbaik dan boleh dimasukkan sebagai sebahagian dari pemakanan pagi anda atau
  8. Gunakan jus timun dan pepet dimuka. Biarkan selama 15 minit atau
  9. Potong dua tomato dan gosok dipermukaan kulit. Biarkan selama 15 minit sebelum basuh. Ini sesuai untuk kulit berminyak.
  10. Minum air bersih sebanyak mungkin. Air dapat menyahkan racun dari dalam badan atau
  11. Tampalkan ubat gigi kepermukaan lubang jerawat atau
  12. Basahkan cotton-ball dengan beberapa titik minyak lavender. Ini juga sesuai untuk mengurangkan kesan parut atau
  13. Tumbuk dengan lumat daun strawberry atau daun pudina dan tampal dikawasan yang hanya berjerawat atau
  14. Lendir daun lidah buaya juga sesuai untuk disapu dipermukaan parut kulit atau
  15. Campuran serbuk kunyit bersama jus daun pudina kepada muka boleh juga digunakan untuk mengurangkan kesan parut jerawat. Kemudian biarkan selama 30 minit dan basuh dengan air suam-suam kuku atau
  16. Campuran garam bersama cuka boleh juga digunakan bagi menghilangkan parut jerawat. Sapukan disekitar kawasan parut sekitar 10 ke 20 minit kemudian basuh.

17- Jika tiada masa, gunakan saja SKin2. Mudah, cepat dan berkesan.

Routine Skin Care

Apa yang perlu dilakukan setiap malam?



Buang lapisan make-up setiap kali sebelum tidur. Gunakan water soluble make-up remover. Cuci muka dengan sabun semulajadi SK-in-2. Biarkan selama 2 minit. Kemudian cuci dengan bersih. Gunakan sebarang tonner dan night krim seperti biasa. Jika tiada gunakan sebarang lotion/krim untuk muka.



Apa yang perlu dilakukan setiap pagi?



Cuci muka sehingga bersih degan SK-in-2. Kemudian gunakan tonner atau penyegar kulit yang biasa. Gunakan sebarang day-krim. Untuk rawatan yang lengkap gunakan Krim La Lean Tah yang dijual dibutik orang kampong (juga dari bahan semulajadi). Biarkan lotion/krim ini kering secara semulajadi. Gunakan sebarang anti-sunblok untuk melindungi kulit dari pancaran UV matahari. Selepas ini, gunalah apa-apa bedak asas (compact) dan make-up seperti biasa. Perhatikan tarikkan yang anda akan perolehi. Insyallah anda akan lebih berkeyakinan.



SK-in-2 adalah pembersih muka dan Krim La Lean Tah adalah pelindung kulit.



.

Rawatan Asas Jerawat

Bagaimanakah Rawatan Jerawat?

Rawatan Paling Asas

- Kerap minum air sebelum dan selepas makan. Dengan kata lain banyakkan meminum air bersih. Ini boleh membantu membuang racun dari dalam badan.

- Jangan banyak minum minuman berkabonate. Ini adalah punca yang paling kerap untuk kulit jadi berjerawat.

- Jagan makan terlalu banyak makanan ringan (junk food, fast food, pizza dan sebagainya)

- Jika ada anak jerawat dimuka, jangan kerap usik dengan jari. Bila anda menyentuh jerawat, hamma jerawat akan mudah merebak di bawah permukaan kulit yang lain.

- Gunakan tuala yang bersih untuk mencuci muka. Jangan kesat tuala pada muka. Sebaliknya lap-lap dengan jari disekitar muka.

- Pastikan rambut tidak menutupi permukaan muka ketika sedang tidur.

- Elakkan penggunaan makeup dan krim yang diperbuat dari minyak.

- Elakkan penggunaan sabun berubat kerana sabun tersebut mengandungi bahan kimia yang dengan mudah dapat merosakkan permukaan kulit muka yang sensitive.

- Sentiasa cuci muka dengan SK-in-2 supaya pati kelapa dara yang terkandung didalam sabun dapat mencuci minyak dan peluh yang terperangkap dibawah kulit. Ini termasuk mengnyahkan kuman yang tersorok didalam lubang jerawat. Sk-in-2 bukan hanya pembersih kulit-kulit yang mati dipermukaan kulit, ianya turut juga merawat dan membekalkan vitamin kulit agar kulit nampak segar dan menawan.

- Sentiasa buat penetapan waktu tidur. Waktu tidur yang tidak tetap membenarkan kedatangan masalah kulit.

- Sentiasa makan banyak buah-buahan yang segar, sayur-sayuran dan jus buah sebagi penambah makanan kesihatan semulajadi.

.

.

Soal dan Jawab

Hai Gals ...

Ruangan ini disediakan untuk mengemukan soalan yang berkaitan dengan kulit muka. Feel free to ask, I will try to answer you soonest possible.

Thanks
.
.
.

Photobucket

Testimoni

Ruangan ini dikhaskan untuk para pelanggan membuat testimoni.

Kongsikan kegembiraan anda di SINI. Mudah-mudahan perkongsian ikhlas anda boleh membuat pengunjung blog ini tertarik sama untuk menikmati kesan semulajadi yang diperolehi dari SKin2.

Ceritakan ....

Cerita lampau:

  • Masalah anda
  • Sudah berapa lama masalah tersebut
  • Apa yang telah anda cuba
  • Berapa kosnya
Cerita kini:

  • Sudah berapa lama menggunakan SKin2.
  • Kesannya dalam masa berapa hari
  • Kini perasaan anda ...

Pihak kami akan memberikan HADIAH bulanan kepada perkongsian yang menarik SETIAP BULAN.

Hadiah berupa sabun mandian yang mampu menghaluskan kulit tubuh badan anda - mengalahkan kulit bayi!!!

Supaya senang pihak kami menghubungi anda, sila masukkan email sebenar anda selepas mengisi ruangan comment.

Terima Kasih diatas kesungguhan anda.
.
.
.
.

Sunday, November 7, 2010

Penggunaan SKin2



6 Cara Untuk Gunakan SKin2 Untuk Tetap Sehat Dan Dilihat Menarik

Cara 1. Meningkat pertahanan kulit.
Gunakan SKin2 sekerap yang mungkin. Penggunaan yang kerap dapat meningkatkan daya pertahanan wajah anda. SKin2 membantu pertahanan kulit muka dengan menyerang hama dan bakteria yang jahat. Selain dari mempertahan kulit wajah dari radangan kulit, Skin2 mampu membuatkan kulit wajah anda senantiasa kelihatan basah dan segar.

Cara 2. Gunakan sebagai sabun mandi
Struktur kimia yang terdapat didalam Skin2 memberikan pertahanan terhadap pengoksidaan dan serangan radikal bebas. Kebanyakkan sabun wangi akan mempercepatkan proses penuaan akibat dari pengoksidaan dan radikal bebas. Ini akan menyebabkan kulit mudah berkedut dan kering. Sabun wangi juga mampu menjadi pemangkin dalam penyakit degeneratif kulit yang lain. SKin2 adalah sangat stabil secara ikatan molekul kimia dan tidak mempunyai ikatan rangkap. Jadi SKin2 tidak teroksida dengan mudah. Hal ini menyebabkan SKin2 sangat tahan terhadap serangan radikal bebas yang bertindak sebagai antioksidan. Formula warisan yang diterapkan dengan baik akan menyerap lemak yang terkurung dibawah lapisan kulit.

Cara 3. Lembabkan kulit anda seperti seolah-olah anda menggunakan Lotion Kulit.
SKin2 sangat ideal untuk rawatan kulit. Hal ini mencegah pembentukan radikal bebas yang memusnah, dan boleh mengelakkan kulit anda dari mengembang disebabkan oleh penuaan dan terlebih dedahan kepada sinar matahari. Gunakan dari rambut sehingga ke kaki, biarkan selama seminit sebelum dibilas. Atau gunakan ianya untuk membuang make-up anda setelah hari yang panjang. Setelah itu, cuci wajah anda dengan SKin2. Jadilah saksi bahawa sabun semulajadi, SKin2, dapat membantu melembabkan kulit anda. Bahan-bahan SKin2 dapat meresap dengan cepat dan membentuk lapisan pelindung untuk kulit anda dan menjaga terhadap serangan bakteria. SKin2 menguatkan jaringan kulit yang asas dan membawa pembaikan kepada kulit yang kusam. Saya tidak tahu anda. Tetapi untuk saya ianya menambahkan keyakinan diri saya.

Cara 4. Gunakan pada rambut seperti rambut Moisturiser.
SKin2 banyak membantu rambut. Hal ini menjadikan rambut lembut dan halus, mudah dibelai - pada sesetengah jenis rambut. Struktur molekul yang halus pada SKin2 membolehkan penyerapan mudah, memberikan tekstur rambut halus dan lembut. SKin2 mudah untuk digunakan pada rambut. Basuh rambut ketika mandi sebagaimana anda menggunakkan syampu 2-in-1. Sapu di rambut, gosokkan dan biarkan selama satu atau dua minit, dan cuci bersih. Menggunakan SKin2 sebagai syampu dan kondisioner boleh menyingkirkan masalah kulit rambut seperti kelemumur. Ia adalah lebih baik daripada syampu berubat dan berkesan dalam melembab kulit kepala. Kulit kepala akan merasa lebih tenang dan segar.

Kepada yang membuat rawatan jerawat, penggunaan SKin2 pada rambut amat perlu untuk 'membunuh' hamama sampai ke akar umbi.

Cara 5. Ambil SKin2 sebagai Perubatan Semulajadi
Harus diingatkan bahawa SKin2 bukan pengganti untuk ubat-ubatan yang biasa anda ambil. Sebaliknya, SKin2 menolong menambah kekuatan sistem kekebalan tubuh untuk melawan penyakit selain ubat yang disarankan oleh doktor anda. SKin2 mampu mengurangkan keparahan gejala-gejala sakit kulit anda.

Cara 6. Ikutilah Program Detoksifikasi dengan SKin2
SKin2 boleh digunakan untuk membersihkan racun yang telah terkumpul dibawah permukaan kulit dalam tubuh anda semenjak bertahun-tahun lamanya. Sebuah program detoksifikasi dengan menggunakan SKin2 boleh membersihkan sistem tubuh anda. Ini adalah yang terbaik secara semulajadi.

Semua diatas adalah untuk anda. Rasailah nikmat kehidupan pada hari ini. Jangan tunggu esok. Ini adalah untuk biarkan anda merasakan kenikmatan kehidupan baik dan kelihatan baik. Tanyalah saya di email liana.mdtai@gmail.com.




.

.

.

.


Thursday, November 4, 2010

Rakan Kongsi

>>> KONSEP PERNIAGAAN OPEN MARKET. LEBIH ADIL DAN SAKSAMA

>>> SEMUA PENGEDAR ADALAH RAKAN KONGSI.

>>> NAMA RAKAN KONGSI AKAN DIPAMERKAN DISINI

>>> TIADA PEMBAHAGIAN KAWASAN.

>>> BANYAK JUALAN, LEBIH DISKAUN!!!

anda rancang perniagaan anda dan anda bina rangkaian pengedaran sendiri.

Bagi yang berminat untuk menjadi PENGEDAR TUNGGAL sila hubungi INTRODUCER anda
.
.
.
.
.

Mengenali Jerawat




Bagi kulit yang tidak berjerawat, adalah amat penting untuk memahami jerawat, punca jerawat dan gejala jerawat.

Jerawat adalah penyakit yang melibatkan kelenjar minyak dipermukaan kulit. Ianya tidaklah berbahaya tetapi boleh meninggalkan parut jerawat dipermukaan kulit. Tempat yang senang terjadi keadaan berjerawat adalah di muka. Ini adalah kerana muka adalah tempat yang paling kerap terdedah kepada habuk dan kotoran. Lenih senang berlaku pada kulit yang paling kerap berminyak.

Kulit berjerawat biasanya mempunyai liang yang menghubungkan kelenjar minyak yang terletak dibawah permukaan kulit. Liang dan kelenjar ini dihubungkan melalui lubang halus. Lubang halus digunakan untuk membawa kulit mati ke permukaan kulit. Bilamana lubang halus ini tersumbat maka terjadilah jerawat.



Punca Jerawat

Jerawat selalunya tumbuh di muka, leher, dada, bahu dan dibelakang badan. Remaja ramai menghidapi jerawat berbanding dengan orang dewasa. Orang dewasa sekitar umur 30an dan 40an juga turut tidak dapat lari dari masalah ini.

Faktor utama punca jerawat adalah disebabkan oleh perubahan hormone. Perubahan hormone inilah yang menjadi penggalak pengeluaran minyak dibawah lapisan kulit seperti;



• Perubahan hormone pada hari yang sama dengan hari kedatangan haid.
• Ketika mengandung
• Pil perancang keluarga
• Tekanan kerja/keluarga/seumpamanya
• Penggunaan krim atau minyak kosmetik atau produk rambut.
• Ubatan klinik yang tertentu yang mengandungi androgen dan lithium
• Kadar perpeluhan yang tinggi
• Kelembapan (cuaca) yang tinggi


Gejala Jerawat
Terdapat dua jenis gejala jerawat iaitu radang jerawat dan jerawat biasa.


Jerawat biasa, beberapa whiteheads dan blackheads timbul dimuka. Secara amnya ia adalah jenis jerawat yang sederhana, boleh dirawat dengan rawatan biasa iaitu boleh secara semulajadi dan boleh juga dengan ubat-ubatan klinikal. Jenis jerawat ini selalu dijumpai.

Radang jerawat pula, whiteheads akan menjadi kemerah-merahan. Jerawat yang parah adalah bilamana terlalu kemerah-merahan dan menjadi bengkak. Ia akan kemudiannya meninggalkan parut atau calar kulit. Tempat yang selalu terjadi adalah di muka, leher, belakang badan, dada dan pangkal peha. Kerap menggunakan ubat klinikal akan menjadikan ianya lebih parah.




Langkah Awal

Jangan picit jerawat ... :-)

Gunakan bahan semulajadi untuk rawatan.


.

.

Kempen






Hubungi INTRODUCER anda untuk menjadi pengedar.



Anda mengalami masalah Jerawat atau Jelagat?

SKin2, Sabun penghapus jerawat/jelagat paling berkesan.

Jerawat atau Jelagat dapat diatasi dengan pembersih muka SKin2. Dicipta oleh anak tempatan yang memiliki MASTER dalam FOOD TECHNOLOGY. Formula yang dicipta telah dapat mengharmonikan kelapa dara, madu dan susu kambing sebagai pengnyah kuman jerawat, menghidupkan kembali kulit yang telah rosak serta menghaluskan kembali kulit anda.

TIADA BAHAN KIMIA digunakan dan TIDAK MENGELUPASKAN KULIT anda.

Ramai orang akan ‘terperasan’ akan perubahan dynamic kulit anda bilamana;
1. tanpa pengelupasan, kulit licin akan menjadi lebih halus
2. kulit anda sentiasa kelihatan basah.
3. kulit berjelagat akan kurang jelagat.
4. kulit yang tidak sekata, akan di’tone’kan menjadi sekata
5. kulit yang berjerawat halus (baru), akan licin kembali
6. kulit yang berjerawat kasar (lama), akan kembali sembuh
7. kulit yang berparut (berlubang), akan mengecilkan kembali lubang parut
8. kawasan kulit ’gelap’, akan menjadi lebih cerah sedikit.

CUMA RM26 (termasuk wang pos) untuk sebuku sabun Skin2 bagi pelanggan runcit.



PROMOSI UNTUK RAKAN KONGSI!

  • PERCUMA Yuran keahilan – seumur hidup
  • Bayar RM130 untuk 10 buku Skin2.
  • Bayar RM200 untuk 20 buku Skin2.
  • Bayar RM320 untuk 40 buku Skin2.
  • Ada BONUS akhir tahun (berdasarkan jualan terkumpul setahun)
  • Setiap pembelian disertakan dengan Pamplet dalam Bahasa Malaysia
  • PERCUMA 100 Zipper bag (plastik kedap udara) - (pek utk 10 buku Skin2 yang dijadikan sample)
  • Harga pos PERCUMA - ditanggung.
  • Sehingga kini setiap Rakan Kongsi dengan mudah berjaya menjual purata 50 buku SKin2 untuk sebulan
  • Untuk pengandaan pendapatan, anda bina rangkaian pengedaran anda sendiri dan saya membekalkan nota-nota berkaitan PERCUMA di dalam http://sk-in-2.blogspot.com/
  • Menilai peluang: Namakan tempat yang anda pernah kunjungi yang tidak pernah berjumpa dengan orang yang ada masalah jerawat atau jelagat.
  • HARGA JUALAN KEPADA PELANGGAN TETAP RM20 sebuku. Harga dijangka akan naik lagi tahun 2011.



Untuk keterangan lanjut & tempahan...sila
Hubungi/sms : 019-329-1311 Kak Ana
atau layari blog: http://sk-in-2.blogspot.com

peluang PELUANG peluang PELUANG .. CEPAT